Friday, 21 June 2013

::Latihan Industri:: Diterima Oleh Media Prima Berhad

Hye readers~

Ye, aku tau dah berkurun aku tak update blog.. biasalah..bukan blogger tegar :-Þ
Semalam berakhir sudah "last payperr~ last payperr~" untuk sem 6. Isnin ni pulak, (24.6.2013) bermulalah latihan industri @ latihan praktikal for the first time in my life!

Alhamdulillah, setelah berpuluh2 resume hantar, finally dapat jugak tempat. Aku diterima untuk menjalankan latihan praktikal di Media Prima Berhad. Fuh, kalau nak cerita macam mana aku boleh dapat kat Media Prima ni, panjang ceritanya~~~

Ready for the story??

Sebenarnya, sebelum ni aku ada call TV3. Aku tanya, ada kekosongan tak untuk latihan industri di Media Prima? Encik tu cakap, "maaf dik, dah penuh.." Kecewanya aku time tu..sebab untuk latihan praktikal ni, aku target nak dapatkan kat stesen tv. Aritu Tv AlHijrah awal2 lagi cakap dah penuh, ni TV3 pulak. Lepas tu aku terfikir pasal stesen radio..Aku pun search kat google, aku taip "latihan industri di Hot FM" Pastu, jumpalah laman web ni, LOL - Live Out Loud - Hot FM. Rupanya Hot FM ada bukak tawaran untuk latihan industri. Aku pun try hantar resume. Tapi, at the moment aku nak upload resume aku kat website tu, masa nak tekan "send" tu database error.

Then, aku call Hot FM, (bukan call radio ye, call pejabat..hehe)

First aku tanya:
Hot FM ada amik budak course engineering tak untuk latihan industri?
-- Kami ada amik budak latihan industri, tapi untuk course engineering, saya tak pastilah engineering department kat sini memerlukan atau tak student praktikal. Awak try hantar resume kat email ni--

Aku pon hantar la resume kat email yang akak tu bagi. Hantar je resume, selang beberapa hari, aku follow up. Ni tips yang paling penting dalam proses dapatkan tempat latihan industri - follow up!
Aku call Hot FM balik, aku cakap "saya dah hantar resume kat email tu, akak pesan dekat Encik mintak dia check email."

Selang beberapa minggu setelah aku hampir berputus asa sebab still tak dapat tempat kat mana2 lagi, aku dapat call dari Hot FM. Dia cakap dia ada terima resume aku. Then, dia interview aku sket. Dia tanya tinggal kat mana, ada kenderaan tak, boleh datang Sri Pentas tak kalau diterima untuk latihan industri, boleh buat soldering tak...pastu dia cakap nanti kalau ada papehal dia call balik. --- hmm camtu je, tak kata pon dapat @ tak.

Then selang dua hari, aku call lagi akak kat Hot FM tu..aku cakap, aritu ada dapat call tapi tak dapat kata putus sama ada diterima atau tak..so macam mana?

Selang seminggu, ada orang lain pulak call..dia cakap dia staf dari engineering department mewakili Hot FM. Pastu dia mintak aku hantar resume aku kat dia, nanti dia foward kat HR. Dia kata dalam masa terdekat ada orang call aku pasal latihan praktikal ni. Aku tengok alamat email dia, tulis kat situ ....@flyfm.com --hmmm..Fly FM pulak?

Tapi takde pon orang call aku. Aku dah mula risau. Aku pon call lagi akak kat Hot FM tu..akak tu sampai dah cam suara aku..dia tau dah aku ni budak yang nak tanya pasal latihan industri..haha
Akak tu pon bagi nombor telefon HR.

Dapat je nombor tu, aku call la HR. Tanya, ada dapat tak resume saya yang difoward kan oleh staf dari FlyFM? Dia cakap dia takde terima pon..So, dia mintak aku hantar resume kat dia pulak. Hmm, ni dah kali ketiga aku foward resume. Punyalah nak dapatkan tempat kat Hot FM. Tapi, bila aku perhatikan balik nombor telefon HR tu, rupanya tu nombor telefon HR kat TV3! Encik yang aritu aku call kata dah penuh kat TV3 .. aku dah risau dah..takot dia cakap macam haritu dah penuh..Tapi, aku cakap kat encik tu saya ada dapat panggilan 2x dari engineering department. Encik tu pon consider la aku ada dapat feedback dan dah diterima di engineering department sebenarnya. So, dekat resume yang aku foward kat encik ni, aku attach skali reply form suruh dia isi.

Nak tunggu dia isi reply form tu pulak dugaan lagi.  Encik HR tu MC, g klinik  tak sihat..so aku tinggalkan pesanan kat staf lain suruh encik tu isikan reply form. Selang beberapa hari pastu aku g fakulti tengok ada tak reply form sampai..tengok2 takde..aku pon call encik HR tu. Encik tu pulak takde sebab pergi kursus....phew~~

Selang dua 3 hari aku call lagi, Alhamdulillah dia angkat call aku. Aku mintak dia isi reply form. Dia pon isi & emailkan.....

Tadaa~~~



Alhamdulillah syukur...apa yang aku idamkan dapat..
Special thanks to: Encik Akhmal Hot FM, Encik Firdaus FlyFM & Encik Irman TV3. Tidak dilupakan juga akak Hot FM yang selalu pick up call saya. (tak tau nama..hee~)

Tapi nervous jugak ni nak praktikal..bisalah, tak pernah kan..huhu

Akhir kata dari aku, untuk dapatkan tempat latihan praktikal ni jangan berputus asa & kena rajin follow up. Kalau boleh, hantar resume seawal yang boleh sebab kita kena bersaing dengan student ipt lain untuk dapatkan tempat.


~ ~ ~ ~ ~ ~SESI Q&A~ ~ ~ ~ ~

Since ramai yang bertanyakan soalan kepada saya tentang latihan industri di Media Prima, dan memandangkan saya tersangatlah jarang menjenguk blog sendiri (˘_˘٥) maka, di sini saya menjawab soalan2 yang sering diajukan.

Q1:    Media Prima ada bagi elaun tak? berapa?
Ans:  Ada. Masa saya praktikal dulu (2013) elaun yg diberi dalam RM300++ ~ RM400 (sorry, couldn't remember the exact amount) 

Q2:  Media Prima ada panggil untuk interview tak sebelum dapat tawaran praktikal?
Ans: Waktu saya dulu, takde pulak dipanggil suruh datang Sri Pentas untuk interview. Cuma, bahagian HR just call dan tanya beberapa soalan..contoh:
- stay dekat mana masa praktikal nanti?
- ada transport tak nak ulang-alik Sri Pentas masa praktikal?
- boleh kerja Sabtu/Ahad tak?
- kalau terpaksa kerja waktu cuti raya sanggup tak?

Q3: Media Prima ada sediakan hostel tak untuk student praktikal?
Ans: Tidak. Nak tak nak terpaksa sewa mana2 rumah/bilik area berdekatan Sri Pentas. Atau tumpang la rumah saudara mara yang duduk area2 situ. 

Q4: Contact number HR Media Prima?
Ans: 03-7726 6333 ext 5334

Q5: Berapa lama masa yang diambil untuk dapat response dari pihak HR Media Prima?
Ans: Lama jugak la..bergantung kepada kita sendiri..kalau nak cepat dapat response rajin2 lah follow up / call pihak HR semula.
This Entry Is...? >>

Saturday, 23 February 2013

Siapakah Model Butik "Dreemika by Radiusite" ???


Website: www.dreemika.com


Assalammualaikum semua.....

Korang mesti pernah dengar tentang butik tudung "Radiusite" kan? Kalau yang pernah dengar tu haruslah tahu bahawasanya kak Ika ni owner butik Radiusite...

comey nyer kak Ika ni.. :)


Dan bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan Radiusite pulak, mesti tahu kak Ika ada bukak butik pakaian muslimah iaitu Dreemika by Radiusite.

Ni lah model pertama butik Dreemika by Radiusite..


Cantikkan....? Jom tengok foto2 beliau menggayakan koleksi dari Dreemika by Radiusite...




Macam barbie doll la..hihi ^_^
Hmmm..siapalah agaknya gerangan gadis ini ye...

Perkenalkan, beliau ialah..........

 Fara Hanim Razak.
Birthday: 22 May
Pelajar Bachelor Mass Communication (Public Relation)
 UiTM Shah Alam

Get to know her:

This Entry Is...? >>

Tuesday, 19 February 2013

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu




1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat
Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

  • Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
  • Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
  • Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

  • Berebut mendapat perhatian pensyarah
  • Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
  • Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
  • Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A.
Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.



by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA
This Entry Is...? >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...